PERMAINAN galah panjang atau gelap cerah ialah sejenis permainan melintasi garisan-garisan berhalang. Permainan ini bertujuan menguji kecekapan pemain berlari melepasi halangan. Ia dimainkan oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan berumur antara tujuh hingga empat belas tahun. Jumlah pemain ialah sepuluh orang. Permainan ini dimainkan di tanah lapang dan rata. Petak permainan dilukis seperti pada Rajah 11.1. Tiada sebarang alat diperlukan untuk permainan ini.
Rajah 11.1
CARA BERMAIN

Pasukan penyerang memulakan permainan. Ketua pasukan penyerang akan menepuk tangan ketua pasukan bertahan dan dengan serta merta pemain pasukan penyerang akan berlari cuba melintasi garisan dari depan ke belakang dan kemudian dari be-lakang ke depan. Pasukan bertahan pula akan cuba menghalang pemain pasukan penyerang melintasi garisan dengan cara mendepangkan tangan untuk menyentuh badan mereka itu.
PERATURAN BERMAIN
Permainan ini mempunyai beberapa peraturan. - Setiap pemain pasukan bertahan hanya mengawasi garisan yang ditetapkan untuknya.
- Sekiranya salah seorang pemain pasukan penyerang dapat disentuh oleh pasukan bertahan ketika dia cuba melintasi garisan permainan, permainan pasukan penyerang itu dikira `mati'.
- Sekiranya salah seorang pemain pasukan penyerang dapat melintasi garisan dari depan ke belakang dan dan ke depan semula tanpa disentuh, pasukannya dikira menang. Pertukaran peranan antara dua pasukan ini hanya dilakukan apabila permainan pasukan penyerang telah `mati'.
No comments:
Post a Comment